Sunday 7 July 2013

Kek lapis horlick




Sejak dua tiga hari ni terlabih rajin pulak membuat kek lapis sarawak. Bukan apa tau..kek lapis sarawak ni kan rumit.Bila kek menjadi,ia bagaikan satu kepuasan yang tak terhingga.So..,mulalah nak buat yang lain pulak.Yang ni ialah kek lapis horlik. Sedap tau.Guna horlik banyak.Kek ni ukuran loyang 8".Berat kat 2kg ni.Tempahan di buka tuk raya. Kek lapis sarawak saiz ni sya ambil harga rm90.Standard la harga sekarang.Siapa yang rasa mahal tu...Sya cadangkan buat lah sendiri ye..

Saturday 6 July 2013

kek lapis masam manis



Ni adalah projek hari ini.Kek lapis masam manis.Kek ni memang tak luput dek zaman.Dari zaman sya kecil hingga la ni..kek ni sentiasa ada menghiasai meja ketika Hari raya atau hari2 biasa.Rasanye memang sedap.Ada versi kukus ada versi bakar.Yang sya  dan adik buat ni versi bakar. Nak buat kek lapis ni kena banyak kesabaran.Masa yang sangat lama dan kos yang agak mahal.Tu pasal la harga kek lapis sangat mahal.Tapi ada setengah orang tak faham..dengan harga . Kalau nak tau...kenape.. Buat la sendiri.. Heeeee

Tuesday 2 July 2013

KEK LAPIS SARAWAK





Heee... ini adalah projek sya dengan adik sya semalam dan subuh pagi ni.Kek lapis vanilla coklat dan kek kukus koko horlik. Dua2 kek ni sedap.Sya buat tuk di jadikan sample.Konon nak jual musim raya nanti. Untuk kek lapis harga ikut pada jenis kek yang di oder.Ada banyak lagi pilihan.Cuma sekarang ni ,baru dua ni yang sempat upload.Untuk kek lapis ,sya ada minimum order.Tak nak ambi ode banyak,takut tak terbuat.Mungkin sya akan ambil ode untuk 5 biji sahaja.Rumit tau nak buat kek lapis sarawak.Kadang harga yang kita jual tak berbaloi dengan masa dan tenaga yang di gunakan..Kalau ada yang rasa mahal..buat sendiri lah ye..he2.