Tuesday, 29 October 2013
BUAH MANGGA GERGASI DAN HASILNYE...
Amboi ...pandainye manja manja ibu berposing kat bawah pokok mangga tu....promot buah mangga ke...Inilah satu2nye pokok manggga yang hidup subur dan berbuah dengan jayanye..walaupun di tanam dalam pasu. Buahnye sebiji boleh berat lebih 2kg.Sedapp .Yang dalam bekas tu pulak adalah mango float.Dessert yang menggunakan buah mangga.Dessert ni berasal dari filippina.Sedap dan sesuai di makan musim panas.Cubalah...Pasti suka.
Thursday, 24 October 2013
Saturday, 19 October 2013
BENGKANG BERAS GULA MERAH
Hari2 buat kek boring juga..tapi anak tekak teringin nak makan sesuatu yang lain dari kek.. Sya pun pergil ke rak buku.Belek punya belek ,terpandang buku kuih talam yang baru sya beli tempoh hari.Sya pun mula mencari resepi yang sya nak cuba...Di pendekkan cerita..ta da....... ini lah hasilnye..Bengkang beras gula merah.Sangat2 puas hati dengan hasilnye dan sedapppp.......Tak sabar tunggu sejuk nak potong...Hasilnye sangat lembut..dan dapat pujian ahli keluarga. Tak sia2 sya beli buku hasil airtangan Puan Hasma Noor Basir. Macam2 resepi kuih talam dan bingka yang beliau hasilkan,Dan yang pasti..resepinye pasti menjadi dan sedap...Lepas ni sya nak cuba resepi yang lain pula.....
Friday, 18 October 2013
Sunday, 13 October 2013
TEMPAHAN TIRAMISU DAN COOKIES
Salam Aidiladha untuk semua..Semoga Aidiladha pada kali ini memberi makna dan keberkatan kepada kita semua.Sudah menjadi kebiasaan..bila je perayaan ..sudah pasti ada tempahan untuk kuih muih.Apa yang sya paparkan ini adalah sebahagian daripada tempahan yang diterima. Alhamdulillah.Rezeki dari Allah. Ini adalah tempahan untuk tiramisu dan coklat chip cookies. Tiramisu sya jual rm45 sekilo dan cookies rm25 untuk 50 biji. Kepada yang berminat nak ode boleh lah tel sya di no ( 013-2072746 ) . Untuk pengetahuan tempahan adalah untuk area manjung ,lumut,sitiawan dan taiping sahaja.Ini adalah kerana kek yang dijual tidak sesuai untuk di poskan..
Tuesday, 8 October 2013
Saturday, 5 October 2013
KEK COKLAT
Inilah projek petang ni.Kek coklat tempahan puan zaniha untuk harijadi anaknya.Deco tak seberapa.Nak letak bunga anaknye lelaki,fikir2 baiklah letak angry bird.Harap2 birthday boy suka.Terima kasih zaniha atas kesudian menempah kek dari kak sya.minta maaflah deco tak cantik.Harap rasanye memuaskan. Apa2 pun selamat harijadi untuk Danial. Moga menjadi anak yang soleh..dan terbaik untuk ibu ayah.
Subscribe to:
Posts (Atom)