Monday, 19 May 2014
THREE LAYER ROS.
MASAK LEMAK CILI API DAN ACAR REBUNG SARAWAK
Wa...laaaa hari ni terlebih rajin pulak.Masa kat tempat kerja petang tadi dah fikir nak masak apa.Balik je..terus bawa hubby singgah kat kedai fama.Beli rebung dan yang sewaktu dengannya.Keh3.Sampai rumah..terus prepair ..bahan2. Sambil masak,sambil tengok buku.Hu2.Si hubby sibuk exercise.Anak2 pulak melayan kerenah masing2.Sya pulak...tong tang tong tang..seperti chef..di dapur.Jd chef untuk keluarga sya saja la.. Celoteh panjang2 pun tak guna.Baik kita terus ke topik yang sebenar..he...Ini lah dia...gulai lemak cili api ayam kota..dan acar rebung sarawak.Bap apa panggil ayam kota..pasal ayam ni bukan ayam kampung.Kwah..kwah..kwah...Siap je masakan..sya pun terus ambik gambar sebelum ..semuanye habis dimakan.Memang sedappp.Makan dengan nasi putih..pekena habihh.Thooo..dhiaaa.makan tak ingat..dunia..Hingga menjilat jari.Bukan nak puji diri...Jangan marah na..Sebenarnye seronok kongsi cerita bap makan dan masakan ni.Ti kalau ada..masa sya taipkan resepinye ya.
Saturday, 17 May 2014
SEDAPPP.....NYER..
Gambar ni kite ambil semalam.Semasa makan tengah hari.Ni adalah sebahagian hidangan yang sya hidangkan untuk family sya semalam. Fuhhhh ..memang pekena habihh...lah.. Ayam goreng salut cheddar cheese dengan sambal belacan serta ulaman. Tambah pulak ada air three layer tea tu....Oiiii...tak tau nak habaq....Mesti korang boleh bayangkan sendiri...keh3.Suami dan anak anak sya suka sangat.Seronok lihat ...manja2...semua suka.Berbaloi...masak.Ha....kome..Kalau nak rasa sya masak... mai lah sitiawan. Ti sya sediakan three layer tu.He...
Friday, 16 May 2014
DONUT SIMPLE YANG TERBAIKK
DD
Donut!!!!.......Sedappnye.Sangat lembut dan gebuuu..Hee...Alangkah seronok bila benda yang kita buat menjadi.Rasa bangga pada diri sendiri.Pernah suatu ketika dulu... sya buat donat...husband kata..kalau baling ke dinding boleh pecah dinding.Kalau baling kena kepala boleh benjol. Sampai gi tu sekali.Banyak kali buat tak menjadi.Sedih ada,geram pun ada.Nak beli kat luar risau...Pasal ada anak sya allergic telur yang sangat teruk.Anak- anak pulak gemar makan donut....Allah maha mengetahui..Suatu hari ...teringin nak makan donut..Sya pun capai handphone.Telefon mak sya di sarawak...konon nak tanya resepi donut..Syukur sangat-sangat..gembira bukan kepalang..mak bagitau ada resepi donut yang baru mak dapat dari makcik sya yang berniaga kantin.Alhamdulillah..resepi donutnya tak guna telur.Sangat2 simple. Mak sya suruh sya cuba.Apalagi..dapat je resepi..sya pun memulakan projek.Uli bersungguh-sungguh.Dalam hati...mudahan menjadilah donut ku kali ini.Nak bagi keluarga makan...Nak di pendekkan cerita...Ta..da...!!!! beginilah rupa..donut ku itu.Sambil goreng..sambil...la..la..la..la..la menyanyi seronok.Tak sabar nak tunjuk kat husband..n anak2 sya.Yea....saya berjaya akhirnya...Capai telefon..terus telefon mak...bagi tau..projek donut berjaya..Mak sya gelak je dengar..Terima kasih ..pada Allah.kerana mempermudahkan segalanye. Dengan ini sya.. berbesar hati berkongsi resepi donut ini dengan semua. Ni resepinye ye..Cubalah.Insyaallah..menjadi.
DONUT
3 Cwn + 2 Tbsp tepung gandum
1 Cwn air suam
1 Tbsp yis brand mauripan
2 Tbsp gula halus
1/3 atau 80ml minyak masak
CARA- CARA
1. Campur air,yis dan gula dalam mangkuk.Ratakan dan biar hingga yis kembang.
2. Dalam bekas besar,masukkan tepung.Buat lubang di tengah2, dan tuang adunan yis tadi beserta minyak.
3. Uli adunan hingga tidak melekat pada tangan.Uli betul2 tau.
4. Bila dah siap uli,tutup adunan dengan kain atau apa2 yang boleh digunakan untuk menutup.Dan biar adunan kembang 2 kali ganda.Kalau sya lebih kurang 15 minit.
5. Bila dah kembang..tumbuk sikit adunan..dan mulalah bentukkan seperti donut.( Kalau sya..ambik sikit adunan..buat bulat..,leperkan guna tapak tangan n cucuk tengah2 guna jari.Malas nak guna acuan donut )
6. Dah siap semua..biarkan donut sedikit kembang..barulah di goreng guna api sederhana,Jangan guna api kuat ye..nanti muka donut menggerutu.
7.Bila dah siap goreng..taburlah gula ..Siap..di makan.
*Pastikan bekas di tabur dengan tepung sebagai alas..donut yang belum di goreng.Tujuan untuk mengelakkan adunan melekat pada bekas.Nanti donut tak cantik.Tabur banyak kit tepung..tau.
* Adunan donut ni juga boleh sebagai doh pizza..n buger malaysia.Buat bulat..goreng..potong tengah..jangan putus.Kemudian sapu sambal ikan bilis n letak hirisan timun..Sedapp.
Harapan sya..kepada sesiapa yang ada menjenguk blog sya ni...trylah resepi donut ni tau..Tak rugi...Pasti puas hati..Kalau ada tak faham..boleh tanya sya..
Friday, 9 May 2014
BEST EVER MOIST BUTTERCAKE WITH SALTED CARAMEL
Emmmm sedapnye...he3. Memang betul..,kek ni memang betul2 sedap.Butter cake di curah dengan salted caramel. Tapi kek ni bukan kek butter yang biasa tu ye. Kek ni orang tempah sempena sambutan hari ibu.Sya jual kek ni rm46 sebiji.Guna pure butter tau Saiz kek loyang 9'.Rugi tak rasa.Yang gambar atas tu tabur walnut.Gambar bawah tabur almond.Apa lagi...meh ode sekarang.
Saturday, 3 May 2014
PRETZEL.
Dah upload gambar biskut lidah kucing..kini sya upload gambar pretzel yang sya buat semalam.Ni dah ada orang punye.Sya buat dua jenis.Tabur oreo dan tabur almond.Sedapp.Rupanye pun menarik.Masa buat ni pun sya dah ngap berapa keping .Hu2.Kalau ada sape2 nak order pretzel dari sya boleh tel di no ni.013-2072746.
Thursday, 1 May 2014
KEK BOLA KE GUNUNG BERAPI??? KEH3
Hari ni harijadi anak sya yang no 2.Kamal Hilman Fauzan.Dah 6 tahun dah manja ibu ni. Kali ni Hilman minta kek bola.Tak pernah g buat kek sebagini.Gagah juga la nak buat Bukan pernah pun masuk kelas deco.Hu2.Beginilah rupanya.Kawan sya kata macam gunung berapi.Sampai hati.Keh3.Apa2 pun janji Hilman seronok.Kek bawah sya buat butter kek,Manakala bahagian atasnye kek red velvet. Bola pula warne merah.Nak cepat..capai je mana warna yang paling dekat.Kek nye sedap Buh buttercream.Lain kali boleh buat lagi.
BISKUT LIDAH KUCING.
Waalaa...biskut pelangi atau biskut lidah.Cantik berwarna warni.Memang sedap.n ranggup. Biskut ni resepi lama dah simpan .Dari tahun lepas lagi,baru hari ni teruja nak cuba.Entah angin rajin dari mana yang meniup semangat ni.Begini la rupanye.Cubaan pertama,tak berapa cantik.Tapi dah ada pembeli .Keh3.Biskut ni sya jual 50 biji rm25.Jommm la rasa...
Subscribe to:
Posts (Atom)