Saturday, 16 August 2014

JUADAH HIDANGAN PETANG





Hahha...kan dah kata...kalo datang semangat rajin tu...nie la hasilnye.Sedappp...tak ??? Cekodok bawang,tauhu kukus goreng dan tauhu sumbat bersama kari ayam cicah roti.Nie semua untuk hidangan minum petang.Tepuk dada Tanya selera..Cik abang berselera sungguh.Tambah lagi pekena dengan kuah tauhu sumbat  yang pedasnya tahap gaban...kah kah kah..terkeluar hingus dibuatnye.Kawan-kawan yang pernah makan tauhu sumbat sya..tahulah tahap kepedasan tu tahap maner.Tapikan..yang pedas tulah yang sedapp.Baru ada umphh!!!!
Apa-apa pun ni sekadar perkongsian.Tak ada sebab nak menunjuk nunjuk.Yang kering idea nak menyediakan hidangan untuk keluarga atau tetamu..bolehlah cuba ..Manalah tahu..percubaan anda tu berbaloi..kan..kan ..kan.Oklah  sya stop dulu di sini..nak..buat projek donut dengan anak-anak.Ohh yaa...sya ada sertakan resepi donut dalam entri yg lepas.boleh klik.  dan cuba.
Bye..bye







BIHUN GORENG TOMYAM DAN KACANG BUNCIS MASAK TAUCU PEDAS



Tengok gambar je dah lapar...hiihi.Bila datang semangat rajin tu..dari pagi hinggalah ke petang ..keje masak jer.Seronok tau masak ni...tambah lagi kalu yang makannye  asyik berulang tambah. Ni adalah bihun goreng tomyam dan kacang buncis tumis taucu pedas.
Memang sedapp dan lazat..Sungguh..Bukan sebab nak puji masakan sendiri..Kalau tak percaya ..boleh cuba.Kalau ada yang nak resepi boleh watsapp kat sya di no  013-2072746.
Kalau ada masa ..ti sya taipkan resepi kat entry ni ya..Ni pun tengah masak...hihi

KEK COKLAT BERHORLIK AISYA





Gambar ni sya ambil petang semalam. Try resepi  sya sendiri...Kek coklat berhorlik  nama di beri..kikiki..percaya tak???? Inilah rupanya...Memang sedap..dan sangat-sangat moist.Kalau dibiar bermalam..lagi sedap rasanye..Lagi baguss kek ni tak guna telur.So..sape yang diet or alah pada telur..kek ni sangat - sangat di syorkan...Wallah.....hehe.Kek ni sya ambik untuk tempahan..Sape yang nak ode.boleh watsapp or tel ke no 0132072746 (aisya )

Kepada yang nak cuba  Sya dengan bermurah hati..sedekah
kan resepi ni... .Yang nak cuba or yang nak bisnes...silakan..


KEK COKLAT BERHORLIK
Resepi..Aisya Farahana
sumber..Seikhlas Rasa Aisya


Bahan2

1 cwn tepung gandum
1/4 cwn horlik
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
3/4 cawan gula kaster
3 tbsp. serbuk koko
1 cwn susu cair perisa coklat
1 tbsp. cuka
1 tsp esen vanilla
80 ml minyak jagung

Cara2

Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar..Gaul guna whisk tangan..
Kacau rata hingga sebati. Jangan kacau lama sangat.
Tuang dalam Loyang 7X7  inci yang sudah disapu minyak dan alas kertas minyak.
Bakar selama 35 minit dengan suhu 150- 160 darjah celcius.

**Kek ni pun boleh dikukus.Kalau nak kek saiz besar..doublekan adunan. Sukatan gula 1 1/3 cawan untuk double adunan. Kalau nak manis buh 11/2 cawan.

Topping.

1 cwn susu pekat manis
60gm butter
50gm serbuk koko
1/4 cwn susu cair. ( kalau tak nak pekat )

Cara2

Campur semua bahan dalam periuk ( GUNA TEKNIK DOUBLE BOILER)
atas api perlahan .Kacau rata  dan sebati. Tuang atas kek yang dah siap sejuk.Hiaslah ikut citarasa masing- masing.

Selamat Mencuba..!!!























Friday, 8 August 2014

KETUPAT SOTONG KELANTAN STYLE



Ketupat sotong..percubaan pertama sya.Resepi dari kawan kawan kelate.Sedap gak rasanye.Manis lemak-lemak gi tu.Kawan sya kate warna tak berapa menarik..kene guna gula nese...Apa apa pun tq kawan kawan..Izati..doktor faezah n doktor murni. Lain kali sya nak try lagi buat..Kite cari gula nese sampai dapat..hehe

VARIASI KEK AISYA






Raya kali ni  sya banyak buat kek kukus  sarawak..Semangat rajin tu datang tiba-tiba.Terujaa kot..nak sambut raya..hehe.Antara kek yang sya buat kali ni...kek lumut,kek evergreen kukus,kek pilih kasih,masam manis,kek buah dan kek butter. Memang sedap..Yang paling mendapat sambutan ialah kek lumut dan evergreen kukus serta pilih kasih..Yang datang kerumah siap tapaw  bawa balik. sampai sekarang pun sya dapat tempahan lagi.Tambah lagi la ni masing masing sibuk buat rumah terbuka..Sape sape yang nak rasa kek aisya..bole la order..pasti puas hati ( 0132072746)

AYAM MASAK MERAH VS SUP TULANG MERAH......




Assalamualaikum...dan Salam Aidilfitri...untuk semua....

Dah lama sangat tak bersua...banyak gambar...yang nak kena up load...Bukan ape..sepanjang bulan lepas   sya sibuk sangat...dengan tempahan biskut dan kek .Ok lah....gambar ni sya dah ambik lama...rasa dalam bulan puasa...Ayam masak merah dan sup tulang merah...Emmmmm.....memang sedappp..Kedua-dua hidangan ni..kalau di buat juadah semasa hari raya..atau menjamu tetamu ..memang elok sangat.Tak nak makan dengan nasi...boleh juga di makan bersama roti...Pasti yang makan pun berpuas hati...Hehehe