Tuesday 24 January 2012

KEK KEJU COKLAT




FUUHH!!!!LAMAK....Kombinasi rasa cheese dan coklat sungguh sedappp......

DONUT


Ini adalah model sementara yang aisya ambil untuk donut ini. Maaf ye.Donut ini bukan untuk di jual,sekadar untuk tayangan dalam blog aisya. Donut ini memang sedap dan gebu...Menjadi kegemaran anak anak aisya.Di sini aisya sertakan dengan resepinye...Bolehlah cuba ye......

DONUT.

bahan-bahan
31/2 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 sdb yis segera (mauripan)
2 sdb gula
1/2 cawan minyak masak.

cara-cara

campur air,yis dan gula dalam mangkuk.Biar dalam 5 minit sehingga yis kembang.
Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum.Buat lubang di tengah dan tuang adunan yis tadi bersama minyak. Uli hingga menjadi doh.Tutup doh yang di uli dengan kain lembap yang bersih.Biar 1/2 jam,hingga doh kembang 2x ganda. Bentukkan doh menjadi donut .Rehatkan sekejap,barulah goreng.Guna api sederhana. Salutkan donut dengan gula atau ikut citarasa anda. Selamat mencubaaa!!!!!

Sunday 22 January 2012

KEK HARIJADI ZUHAIR FARHAN KE-9

                   

EMMM................SEDAPPPNYEEEE .......KEK YANG IBU BUAT NIE....

Friday 20 January 2012

Cup Cake Oren



CUP CAKE OREN

                            

                        

Apam Gebu


APAM GEBU!
Memang gebu dan......sedapppp!!

                            Yang ini bukan kek ye,ini adalah apam gebu. Memang gebu dan sedap.
                     

Kek Carrot Walnut + Nenas

Kek Carrot Walnut + Nenas
                       Kek harijadi anak sulung Aisya,Kamal Zuhair Farhan,masa berumur 5 tahun.Puas hati
             dapat sediakan sendiri untuk anak walaupun keknya tak seglamour kek orang lain.He..he..he.
.                                 
                              Gambar kat bawah ni ialah kek karrot.Memang sedap.Dalamnya sya tambah     nanas.Minta maaf ye, deco tak cantik.Tengah belajoorr...hemmmm

Kek Chocolate Moist Sedap

Inilah kek coklat moist kesukaan aisya sekeluarga,terutamanya anak-anak Aisya.Rasanya..Emmmm..yummy!!!!Sangat kaya dengan rasa coklat dan sangat lembap.Lagi lama simpan lagi sedapppp! Kek ini pun Aisya ambil untuk tempahan.Memang larislah setakat ni.So..kalau you all nak rasa kek  ni, call lah aisya untuk tempahan....013-2072746.

Cake Carrot Walnut

Cake Carrot Walnut...



KEK CARROT+WALNUT + KRIM CHEESE.
(jika nak tambah  nanas caj rm5.00 dikenakan)

6'x6'- RM 30.00
7'X7'- RM 40.00
8'X8' - RM 60.00


Oreo Cheese Cake

Oreo Cheese Cake !!!!
TERHANGAT DIPASARAN




Saturday 7 January 2012

Cake Buah Kukus Lembab

Merupakan kek buah yang sangat sedap yang pernah saya cuba.sangat lembap dan kurang manis.Keknye boleh tahan lama kerana keknye dikukus 4 jam. Makin lama simpan makin sedap dan makin lembap.Salah satu kek kegemaran dan mendapat sambutan yang menggalakkan.Kek buah yang saya jual adalah dalam dua versi,iaitu bakar dan kukus. Harga kek kukus dan bakar adalah berlainan. Saiz pula 7' dan 8'.Nak tahu harga kek ini,boleh semak dalam senarai harga kek saya. Harga yang berpatutan dan rasanya pasti tidak mengecewakan anda.Tempahlah ye...........

Kek Cokelat Lembap




Ini adalah kek coklat lembap yang betul-betul lembap.Menjadi salah satu kek paling digemari oleh keluarga,terutamanya anak-anak Aisya. Rasanya yang kaya dengan coklat serta kurang manis membuatkan kek ini tak jemu di makan.Lagilah kalau keknye dah semalaman. Mendapat sambutan yang menggalakan dari rakan-rakan serta mendapat tempahan paling banyak.Kek ini Aisya jual ikut size. 6',7' dan 8'. Harga berpatutan. Kek ini Aisya buat sendiri ye. Kalau nak merasa air tangan Aisya ,bolehlah
 tempah..Semestinya anda akan berpuas hati.