Sunday 12 October 2014

BLUE VELVET





Blue velvet!!!!...Sedappp  nyerrr...Pernah dengar dan makan tak..?Sedap tau,terutama pada krim nye tu..Selalu kita biasa makan red velvet n green velvet.  Kali ni try la pulak blue velvet.Harga dari rm65..ke atas,bergantung kepada deco.Nak...bole watsapp sya ya

SWISS ROLL





Cantikkannnnn....Nilah printed swissroll. Selain corak ni..ada corak lain.Bunga ka..buah ka..abstrak ka..Semua harga rm15 satu.Inti fresh krim..Butter krim pun bole.Haa.. apa lagi....tempahan di buka ni..hihi

CUP CAKE


Cantik kan ...bunga ros tuuuu..Ni yang sya belajar kat kelas kek petang tadi...Kek Nye moist butter cake.Sedapp..Ni kalo untuk hantaran sangat sesuai. Harga..sebiji bole tahan gak  kalo..yg ada bunga ros tu.Yala..kan,ganache pun kena buat sehari sebelum..Tapi kalo nak deco lain pun bole.Guna buttercream.

MEE KARI


Bila hujung minggu ja  keja nya masak ja dari pagi hingga ke petang.Badan pun makin membesar macam tong drum.Hihihi.Salah sendiri la kan.Haha.Pagi ni tadi masak bihun kari.Ni mak mertua ajar.Katanya ambik resepi dalam blog Hairul.Memang sedap.Guna bunga kantan dalam ramuan.Masa tumis tu..wangi ja bau masakan.Sya buat bihun kari..sebab tak da stok mee kat umah.Malas nak p kedai.Kome pun boleh cuba..Seriuss sedap

CHICKEN CHOP..DAN FISH N CHIPS




Assalamualaikum..semua.Kali ni malas nak cerita panjang...,letih punya pasal.Petang tadi  ada kelas kek.Masa kelas pun asyik batu belah batu bertangkup aje.Ngantukla kome.Gambar yang kome nampak ni..adalah chicken chop,fish n chip  dan sebahagian dari tempahan yang diterima.
Pendekkan cerita..chicken chop sya jual rm11..fish n chips dan lamb chop  rm13.delivery untuk sabtu ahad pun ada.tapi minimum order kena 3.Baru saya hantar.Berminat bole watsapp kat sya ya

Thursday 9 October 2014

OH MY OREO CHEESECAKE



OOHHHH..TIDAKK..!!! OREO CHEESECAKE.!!!...

Memang boleh pengsan..kalo pekena dengan oreo cheesecake ni.Sedapp..bangat.Siapa yang diet tu lupakan sajalah diet korang.Rugi..tak rasa keenakan kek ni.Masa bakar pun gabungan bau cheese dan oreo..sudah membangkit selera.Itu baru bau..belum lagi makan.Hehhe.Kek ni..ada orang tempah.Dua duanya cantik.Doktor Murni dan Doktor Yasmin.Peminat setia kek sya.Terima kasih ya.Harap kek ni sesuai dengan citarasa..doctor berdua. Haa... korang bila lagi.Watsapp la sya sekarang..kehkeke..

TAKOYAKI..



Tadi cerita apam balik..Ni pulak pasal takoyaki..Pernah makan tak? Siapa yang minat takoyaki ni taula  rasanya macam manakan.Kami sekeluarga memang peminat takoyaki.Selalu beli kat pasar malam.Boleh tahan gak harganya.Ada inti sotong..udang..ayam..dan isi ketam. Percaya tak..yang korang Nampak dalam gambar ni..sya yang buat...Hahha..Ni hobi baru sya..seronok tau..dapat hasilkan takoyaki sendiri.Lagi sedap dari yang kita beli kat luar.Anak dan suami suka sangat.Lepas ni takoyaki keluaran sendiri la...tak ada dah yang pasar malam..hihihi.Sya guna periuk yang sya dah lama beli..Bukan pan khas untuk takoyaki..tapi...Alhamdulillah...boleh digunakan untuk takoyaki..Hemmm...yummmm .Ni manja sulung sya..anak teruna sya yang paling suka takoyaki.Siap suh ambil gambar dia  tengah posing.Hihi..Hensemmm..kannn..oittt
 
 
 

APAM BALIK OH APAM BALIK




Hahha..terliur tak...Ni lah projek sya sekarang .Apam balik.Mesti semua kenalkan.Hemmmm...memang sedappp...dan lembut.Bukan nak puji diri...tapi ni lah yang sya nak bagitau semua...supaya dapatlah korang bayangkan sendiri  keenakan apam balik ini.Seriuss..Projek ni bermula..masa sya balik raya haji ni tadi.Petang tu masa kat kampong mak mertua sya buatkan apam balik ni untuk hidangan minum petang.Perrggh...sedapp betol..Tak seperti apam balik yang pernah sya makan sebelum ni.. Apalagi..sya pun korekla resepi dari mertua..sya.Berkat tunjuk ajar mertua...tadaaaa....haha..lihatlah..dunia...sya dah pandai buat apam balik yang sedap.Terima kasih ibu mertuaku...Puan Nurul Azmi...atas tunjuk ajar yang diberi.Sekarang sya dah berniaga...apam balik.Satu sya jual rm2.Saiz sederhana. Tak percaya..meh la ode..hihihi




Thursday 2 October 2014

MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE




Yummm....Kek ni merupakan kek sya yang hot juga jualannya.Memang sedap dan tersangat sangat moist.Kukus dua jam.Kalo d curah ganache di atasnya lagi mantop..Kek ni sya jual rm45 kalo plain.Kalo curah ganache n ada deco harga dari rm55-60. Berminat boleh watsapp sya ya. ( 013-2072746 )

KEK TEMPAHAN RAYA HAJI




Sempena sambutan raya korban yang semakin dekat ...banyak tempahan kek yang sya terima.Yang kome nampak ni...adalah kek yang sya buat semalam.Antara kek nya .caramel almond buttercake.rm50 sebiji..snow cheese rm 55- 60 sebiji dan kek lapis cheese rm90-95 sebiji. Ada yang dah sya anto kepada customer..tiramisu.Sambil buat kek ni  sya pun dapat tempahan chicken chop n sticky wing...huhhh penat..Tapi berbaloi.Rezeki dari Allah.Semoga mendapat keberkatanNya dunia dan akhirat.

KEK PUDING





Assalamualaikum..semua.Rasanya lama sungguh sya tak update blog.Bukan apa, sibuk sangat dengan tempahan.Tambah lagi la ni aisya bukan setakat jual kek n biskut ja,sya ambik tempahan chicken chop..fish n chips dan sticky chicken wing.Memang tak menang tangan.
Haaa...gambar yang kome nampak ni adalah kek terbaru sya jual. Kek pudding namanya.Yang hitam tu tiramisu kek pudding.Yang oren ..tuti fruit kek pudding  dan yang ada caramel tu..pudding tanpa telur. Sangat sangat sedap.Tambah lagi tiramisu..memang havoc.Kombinasi kek dan pudding.Tapi harga pun boleh tahan.Sebiji sya jual rm90.Kos bahan buat kek pudding ni mahal.Masa pun banyak di gunakan.Tapi hasil berbaloi.Yang pudding tanpa telur sya jual rm30 sebiji.Kalo mcm dalam gambar rm3.50 sebiji.Siapa yang berminat nak ode boleh watsapp sya ( 013-2072746 ) Penghantaran ke rumah untuk tempahn sekitar manjung sitiwan dan lumut.Caj akan di kenakan ikut pada kawasan .

Saturday 16 August 2014

JUADAH HIDANGAN PETANG





Hahha...kan dah kata...kalo datang semangat rajin tu...nie la hasilnye.Sedappp...tak ??? Cekodok bawang,tauhu kukus goreng dan tauhu sumbat bersama kari ayam cicah roti.Nie semua untuk hidangan minum petang.Tepuk dada Tanya selera..Cik abang berselera sungguh.Tambah lagi pekena dengan kuah tauhu sumbat  yang pedasnya tahap gaban...kah kah kah..terkeluar hingus dibuatnye.Kawan-kawan yang pernah makan tauhu sumbat sya..tahulah tahap kepedasan tu tahap maner.Tapikan..yang pedas tulah yang sedapp.Baru ada umphh!!!!
Apa-apa pun ni sekadar perkongsian.Tak ada sebab nak menunjuk nunjuk.Yang kering idea nak menyediakan hidangan untuk keluarga atau tetamu..bolehlah cuba ..Manalah tahu..percubaan anda tu berbaloi..kan..kan ..kan.Oklah  sya stop dulu di sini..nak..buat projek donut dengan anak-anak.Ohh yaa...sya ada sertakan resepi donut dalam entri yg lepas.boleh klik.  dan cuba.
Bye..bye







BIHUN GORENG TOMYAM DAN KACANG BUNCIS MASAK TAUCU PEDAS



Tengok gambar je dah lapar...hiihi.Bila datang semangat rajin tu..dari pagi hinggalah ke petang ..keje masak jer.Seronok tau masak ni...tambah lagi kalu yang makannye  asyik berulang tambah. Ni adalah bihun goreng tomyam dan kacang buncis tumis taucu pedas.
Memang sedapp dan lazat..Sungguh..Bukan sebab nak puji masakan sendiri..Kalau tak percaya ..boleh cuba.Kalau ada yang nak resepi boleh watsapp kat sya di no  013-2072746.
Kalau ada masa ..ti sya taipkan resepi kat entry ni ya..Ni pun tengah masak...hihi

KEK COKLAT BERHORLIK AISYA





Gambar ni sya ambil petang semalam. Try resepi  sya sendiri...Kek coklat berhorlik  nama di beri..kikiki..percaya tak???? Inilah rupanya...Memang sedap..dan sangat-sangat moist.Kalau dibiar bermalam..lagi sedap rasanye..Lagi baguss kek ni tak guna telur.So..sape yang diet or alah pada telur..kek ni sangat - sangat di syorkan...Wallah.....hehe.Kek ni sya ambik untuk tempahan..Sape yang nak ode.boleh watsapp or tel ke no 0132072746 (aisya )

Kepada yang nak cuba  Sya dengan bermurah hati..sedekah
kan resepi ni... .Yang nak cuba or yang nak bisnes...silakan..


KEK COKLAT BERHORLIK
Resepi..Aisya Farahana
sumber..Seikhlas Rasa Aisya


Bahan2

1 cwn tepung gandum
1/4 cwn horlik
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
3/4 cawan gula kaster
3 tbsp. serbuk koko
1 cwn susu cair perisa coklat
1 tbsp. cuka
1 tsp esen vanilla
80 ml minyak jagung

Cara2

Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar..Gaul guna whisk tangan..
Kacau rata hingga sebati. Jangan kacau lama sangat.
Tuang dalam Loyang 7X7  inci yang sudah disapu minyak dan alas kertas minyak.
Bakar selama 35 minit dengan suhu 150- 160 darjah celcius.

**Kek ni pun boleh dikukus.Kalau nak kek saiz besar..doublekan adunan. Sukatan gula 1 1/3 cawan untuk double adunan. Kalau nak manis buh 11/2 cawan.

Topping.

1 cwn susu pekat manis
60gm butter
50gm serbuk koko
1/4 cwn susu cair. ( kalau tak nak pekat )

Cara2

Campur semua bahan dalam periuk ( GUNA TEKNIK DOUBLE BOILER)
atas api perlahan .Kacau rata  dan sebati. Tuang atas kek yang dah siap sejuk.Hiaslah ikut citarasa masing- masing.

Selamat Mencuba..!!!























Friday 8 August 2014

KETUPAT SOTONG KELANTAN STYLE



Ketupat sotong..percubaan pertama sya.Resepi dari kawan kawan kelate.Sedap gak rasanye.Manis lemak-lemak gi tu.Kawan sya kate warna tak berapa menarik..kene guna gula nese...Apa apa pun tq kawan kawan..Izati..doktor faezah n doktor murni. Lain kali sya nak try lagi buat..Kite cari gula nese sampai dapat..hehe