Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

KEK TEMPAHAN RAYA HAJI




Sempena sambutan raya korban yang semakin dekat ...banyak tempahan kek yang sya terima.Yang kome nampak ni...adalah kek yang sya buat semalam.Antara kek nya .caramel almond buttercake.rm50 sebiji..snow cheese rm 55- 60 sebiji dan kek lapis cheese rm90-95 sebiji. Ada yang dah sya anto kepada customer..tiramisu.Sambil buat kek ni  sya pun dapat tempahan chicken chop n sticky wing...huhhh penat..Tapi berbaloi.Rezeki dari Allah.Semoga mendapat keberkatanNya dunia dan akhirat.

Saturday, 16 August 2014

KEK COKLAT BERHORLIK AISYA





Gambar ni sya ambil petang semalam. Try resepi  sya sendiri...Kek coklat berhorlik  nama di beri..kikiki..percaya tak???? Inilah rupanya...Memang sedap..dan sangat-sangat moist.Kalau dibiar bermalam..lagi sedap rasanye..Lagi baguss kek ni tak guna telur.So..sape yang diet or alah pada telur..kek ni sangat - sangat di syorkan...Wallah.....hehe.Kek ni sya ambik untuk tempahan..Sape yang nak ode.boleh watsapp or tel ke no 0132072746 (aisya )

Kepada yang nak cuba  Sya dengan bermurah hati..sedekah
kan resepi ni... .Yang nak cuba or yang nak bisnes...silakan..


KEK COKLAT BERHORLIK
Resepi..Aisya Farahana
sumber..Seikhlas Rasa Aisya


Bahan2

1 cwn tepung gandum
1/4 cwn horlik
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
3/4 cawan gula kaster
3 tbsp. serbuk koko
1 cwn susu cair perisa coklat
1 tbsp. cuka
1 tsp esen vanilla
80 ml minyak jagung

Cara2

Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar..Gaul guna whisk tangan..
Kacau rata hingga sebati. Jangan kacau lama sangat.
Tuang dalam Loyang 7X7  inci yang sudah disapu minyak dan alas kertas minyak.
Bakar selama 35 minit dengan suhu 150- 160 darjah celcius.

**Kek ni pun boleh dikukus.Kalau nak kek saiz besar..doublekan adunan. Sukatan gula 1 1/3 cawan untuk double adunan. Kalau nak manis buh 11/2 cawan.

Topping.

1 cwn susu pekat manis
60gm butter
50gm serbuk koko
1/4 cwn susu cair. ( kalau tak nak pekat )

Cara2

Campur semua bahan dalam periuk ( GUNA TEKNIK DOUBLE BOILER)
atas api perlahan .Kacau rata  dan sebati. Tuang atas kek yang dah siap sejuk.Hiaslah ikut citarasa masing- masing.

Selamat Mencuba..!!!


a 




















Friday, 9 May 2014

KEK COKLAT MOIST





Ni adalah tempahan kek coklat.Harijadi  anak member.Kek ni sya jual rm 40 saja.Loyang 9'

BEST EVER MOIST BUTTERCAKE WITH SALTED CARAMEL




Emmmm sedapnye...he3. Memang betul..,kek ni memang betul2 sedap.Butter cake di curah dengan salted caramel. Tapi kek ni bukan kek butter yang biasa tu ye. Kek ni orang tempah sempena sambutan hari ibu.Sya jual kek ni rm46 sebiji.Guna pure butter tau Saiz kek loyang 9'.Rugi tak rasa.Yang gambar atas tu tabur walnut.Gambar bawah tabur almond.Apa lagi...meh ode sekarang.

Thursday, 1 May 2014

KEK BOLA KE GUNUNG BERAPI??? KEH3




Hari ni harijadi anak sya yang no 2.Kamal Hilman Fauzan.Dah 6 tahun dah manja ibu ni. Kali ni Hilman minta kek bola.Tak pernah g buat kek sebagini.Gagah juga la nak buat Bukan pernah pun masuk kelas deco.Hu2.Beginilah rupanya.Kawan sya kata macam gunung berapi.Sampai hati.Keh3.Apa2 pun janji Hilman seronok.Kek bawah sya buat butter kek,Manakala bahagian atasnye kek red velvet. Bola pula warne merah.Nak cepat..capai je mana warna yang paling dekat.Kek nye sedap Buh buttercream.Lain kali boleh buat lagi.

Monday, 28 April 2014

KEK COKLAT MEMANG MOIST


Tadi...dah upload gambar kek sarawak. Ni pulak kek coklat moist.Memang moist tau.Sungguh.Sya jual rm40 sebiji.Loyang 9 x 9 inci.Kalau buh deco harga dalam rm50 ke atas.Bergantung pada deco la.Terima kasih kak shikin atas perkongsian resepi kek ni.Sya minta halal untuk jual kek ni ya.

Sunday, 27 April 2014

KEK MINYAK




Dah lama tak upload,berderet-deret pula kali ni.Yang ni pulak kek minyak.Rupa macam kek marble kan.???Bagi sya la.. ini kek marble versi guna minyak.Sedappp juga.Kek ni bagi sya agak kering sikit.Kek minyak ni  sya ambil resepi dari blog masam manis.Blog yang sangat cantik.Gambar2 keknye semua menarik.Terima kasih atas perkongsian resepi kek ni.Sapa2 yang nak rasa...kek ni..meh la ode.Hee


Thursday, 17 April 2014

TEMPAHAN KEK




Syukur Alhamdulillah..minggu ni banyak sya dapat tempahan kek..Ni lah kek2 yang di jual.Setiap hari balik kerja dan subuh pagi...mengadun kek.Seronok ..bila hasil tangan mendapat sambutan.Alhamdulillah..

Sunday, 13 April 2014

BUTTERCAKE N CHOCOLATE MOIST



Buttercake- rm10

Chocolate cake- rm15
                        - rm 20

Thursday, 10 April 2014

ALMOND CARAMEL MOIST BUTTERCAKE




Biasa la sya..awal2 pagi mulakan bisnes kek. Semasa menaip entry ni sya tengah tunggu kek coklat dan kek butter masak.Untuk tempahan hari ni.Kek yang dalam gambar ni pula sya buat malam tadi.Tempahan doktor ct.Almond caramel moist buttercake. Kek ni memang sedap.Tengokla lelehan karamelnye tu...emmmm memang terliur di buatnye.Ditambah pulak dengan taburan badam ...fuhhhh...bila makan tu....wala....Bila korang makan baru tau rasanye.Kek ni sya jual rm45.Berat 1kg+. Berbeza dengan kek butter biasa tau...Hanya orang yang dah beli..saja yang tau..

Wednesday, 2 April 2014

KEK PUDING KARAMEL





Kek ni sya buat pada pukul 5 pagi tadi.Kek ni di tempah oleh Si Molek Doktor Murni.Sempat lah siap sebelum sya pergi kerja pukul 7.30 pagi tadi.Latar belakang gambar pun gelap lagi..hi3. Panas2 lagi bawa kepada pelanggan.Nama pun homemade.Fresh from oven...kan...Terima kasih banyak2 ya...dok murni.Lain kali ode la lagi. Keh3

Sunday, 30 March 2014

BUTTERCAKE YANG SEDAPP!!!!!!







Hujung minggu begini...kalau tak ada tempahan ,sya suka mencuba resepi baru.Kali ni sya mencuba resepi african marble buttercake. Teknik bancuhannye lain dari kek butter biasa. Rasanya pun tak sama. Tengoklah hasilnye. Keknye sangat gebuss dan sangat moist.Rasanya..memang sedap gilerr.Kek pule naik tinggi. Masa kelas chef Zubaidah dulu pun ada ajar juga cara buat kek butter versi mat saleh.Yang chef ajar pun sedap..Tapi bagi anak tekak sya yang resepi ni lagi power.Memang enak.Yang ni sya akan masukkan dalam senarai kek untuk tempahan.Kek ni besar loyang 9'.Sya jual rm40 sebiji.Jadi kepada sape yang nak rasa keenakkan kek ni ..maila tempah. N0 tempahan  ( 013-2072746...Aisya )

Wednesday, 26 March 2014

KEK PUDING KARAMEL DAN KEK KAROT WALNUT





Kek ni ditempah oleh kak Rosilawati ,staff klinik popd.Ini adalah kek puding karamel dan kek karot walnut krim cheese.Dua2 kek ni berat dalam 1.4kg.Kek karamel rm40 dan kek karot rm60.Terima kasih kak ti kerana sudi menempah kek dari sya.Apa yang terkurang minta dihalalkan.

Monday, 24 March 2014

RED VELVET N BUTTERCAKE






Kek ni sya buat untuk majlis perkahwinan adik ipar sya semalam di Taiping Perak.Sya buat dua biji kek.Yang warna pink tu adalah red velvet,manakala yang ada bunga ros dan gambar adalah moist butter cake.Bunga ros tu sya buat sendiri tau.Walau pun tak sehebat kek yang ada diluar sana..Sya berpuas hati dapat menyediakan kek ini.