Sunday, 7 July 2013

Kek lapis horlick




Sejak dua tiga hari ni terlabih rajin pulak membuat kek lapis sarawak. Bukan apa tau..kek lapis sarawak ni kan rumit.Bila kek menjadi,ia bagaikan satu kepuasan yang tak terhingga.So..,mulalah nak buat yang lain pulak.Yang ni ialah kek lapis horlik. Sedap tau.Guna horlik banyak.Kek ni ukuran loyang 8".Berat kat 2kg ni.Tempahan di buka tuk raya. Kek lapis sarawak saiz ni sya ambil harga rm90.Standard la harga sekarang.Siapa yang rasa mahal tu...Sya cadangkan buat lah sendiri ye..

Saturday, 6 July 2013

kek lapis masam manis



Ni adalah projek hari ini.Kek lapis masam manis.Kek ni memang tak luput dek zaman.Dari zaman sya kecil hingga la ni..kek ni sentiasa ada menghiasai meja ketika Hari raya atau hari2 biasa.Rasanye memang sedap.Ada versi kukus ada versi bakar.Yang sya  dan adik buat ni versi bakar. Nak buat kek lapis ni kena banyak kesabaran.Masa yang sangat lama dan kos yang agak mahal.Tu pasal la harga kek lapis sangat mahal.Tapi ada setengah orang tak faham..dengan harga . Kalau nak tau...kenape.. Buat la sendiri.. Heeeee

Tuesday, 2 July 2013

KEK LAPIS SARAWAK





Heee... ini adalah projek sya dengan adik sya semalam dan subuh pagi ni.Kek lapis vanilla coklat dan kek kukus koko horlik. Dua2 kek ni sedap.Sya buat tuk di jadikan sample.Konon nak jual musim raya nanti. Untuk kek lapis harga ikut pada jenis kek yang di oder.Ada banyak lagi pilihan.Cuma sekarang ni ,baru dua ni yang sempat upload.Untuk kek lapis ,sya ada minimum order.Tak nak ambi ode banyak,takut tak terbuat.Mungkin sya akan ambil ode untuk 5 biji sahaja.Rumit tau nak buat kek lapis sarawak.Kadang harga yang kita jual tak berbaloi dengan masa dan tenaga yang di gunakan..Kalau ada yang rasa mahal..buat sendiri lah ye..he2.

Sunday, 23 June 2013

BLACK BEAUTY OREO TEMPAHAN




Ha..ha..ini adalah projek subuh pagi ni. Black beuty oreo.Rupanye tak seindah namanye..tapi rasa sedapp.Rasa aiskrim yang di tabur oreo kat atasnye.Kek ni di tempah oleh sn norlee dari jpl.Terima kasih ye norlee..Harap lepas ni.sudi2 la..ode lagi.Keh3

RED VELVET


Ini adalah projek last minute. Dalam pukul sebelas pagi tadi dapat call dari kak normah yang ode tiramisu semalam,Katanye anak saudara nak ode kek. Kali ni nak red velvet.Ini lah rupanye. Deco..minta maaf la kak normah. Sya tengah belajar dan tengah memahirkan tangan nak buat deco.Tapi bab rasa..sya jamin sedap.Terima kasihlah banyak2..sebab tak jemu ode kek dari sya.Harap lain kali sudi ode lagi.. hee

TIRAMISU OH TIRAMISU




Tiramisu lagi..he2 .Ini adalah tiramisu yan g di tempah oleh kak normah zhulian.Sya panggil kak normah zhulian..sebab kak normah ni agen zhulian.Jangan marah ye kak normah. Ini adalah pertama kali kak normah ode kek dengan sya.Kek ni simple je deconye.Agak terhad sebab dalan bekas. Tapi rasa.. sedapp. Tiramisu yang kak normah ode ni berbeza rasa dengan tiramisu yang biasa sya jual...Yang ni mudah sikit di potong. Tak guna telur tapi ada yogurt. Nak tau perbezaannye.. ode la...ye..Oh ye , yang ni sya ambil harga rm65. Yang ni kek nye lagi berat dari yang biasa.Rasa pun lain sikit..Cuba lah......

BLACK BEUTY OREO



Inilah black beuty oreo.Beginilah rupanye.Nampak hodoh..,tapi rasa sedappp.Bagi kawan2 tempat kerja rasa,deme kata macam makan aiskrim kat macdonald yang buh oreo. Jangan pandang tang rupa..bila dah makan baru tau.. cam mana. Ha...tunggu apa lagi...meh la pekena dengan black beuty oreo ni.