Friday 16 May 2014

DONUT SIMPLE YANG TERBAIKK


DD


    Donut!!!!.......Sedappnye.Sangat lembut dan gebuuu..Hee...Alangkah seronok bila benda yang kita buat menjadi.Rasa bangga pada diri sendiri.Pernah suatu ketika dulu... sya buat donat...husband kata..kalau baling ke dinding boleh pecah dinding.Kalau baling kena kepala boleh benjol. Sampai gi tu sekali.Banyak kali buat tak menjadi.Sedih ada,geram pun ada.Nak beli  kat luar risau...Pasal ada anak sya allergic telur yang sangat teruk.Anak- anak pulak gemar makan donut....Allah maha mengetahui..Suatu hari ...teringin nak makan donut..Sya pun capai handphone.Telefon mak sya di sarawak...konon nak tanya resepi donut..Syukur sangat-sangat..gembira bukan kepalang..mak bagitau ada resepi donut yang baru mak dapat dari makcik sya yang berniaga kantin.Alhamdulillah..resepi donutnya tak guna telur.Sangat2 simple. Mak sya suruh sya cuba.Apalagi..dapat je resepi..sya pun memulakan projek.Uli bersungguh-sungguh.Dalam hati...mudahan menjadilah donut ku kali ini.Nak bagi keluarga makan...Nak di pendekkan cerita...Ta..da...!!!!  beginilah rupa..donut ku itu.Sambil goreng..sambil...la..la..la..la..la menyanyi seronok.Tak sabar nak tunjuk kat husband..n  anak2 sya.Yea....saya berjaya akhirnya...Capai telefon..terus telefon mak...bagi tau..projek donut berjaya..Mak sya gelak je dengar..Terima kasih ..pada Allah.kerana mempermudahkan segalanye. Dengan ini sya.. berbesar hati berkongsi resepi donut ini dengan semua. Ni resepinye ye..Cubalah.Insyaallah..menjadi.


DONUT

3 Cwn + 2 Tbsp tepung gandum
1 Cwn air suam
1 Tbsp yis brand mauripan
2 Tbsp gula halus
1/3 atau 80ml minyak masak

 CARA- CARA

1. Campur air,yis dan gula dalam mangkuk.Ratakan dan biar hingga yis kembang.
2. Dalam bekas besar,masukkan tepung.Buat lubang di tengah2, dan tuang adunan yis tadi beserta minyak.
3. Uli adunan hingga tidak melekat pada tangan.Uli betul2 tau.
4. Bila dah siap uli,tutup adunan dengan kain atau apa2 yang boleh digunakan untuk menutup.Dan biar adunan kembang 2 kali ganda.Kalau sya lebih kurang 15 minit.
5. Bila dah kembang..tumbuk sikit adunan..dan mulalah bentukkan seperti donut.( Kalau sya..ambik sikit adunan..buat bulat..,leperkan guna tapak tangan n cucuk tengah2 guna jari.Malas nak guna acuan donut )
6. Dah siap semua..biarkan donut sedikit kembang..barulah di goreng guna api sederhana,Jangan guna api kuat ye..nanti muka donut menggerutu.
7.Bila dah siap goreng..taburlah gula ..Siap..di makan.

*Pastikan bekas di tabur dengan tepung sebagai alas..donut yang belum di goreng.Tujuan untuk mengelakkan adunan melekat pada bekas.Nanti donut tak cantik.Tabur banyak kit tepung..tau.
* Adunan donut ni juga boleh sebagai doh pizza..n buger malaysia.Buat bulat..goreng..potong tengah..jangan putus.Kemudian sapu sambal ikan bilis n letak hirisan timun..Sedapp.


Harapan sya..kepada sesiapa yang ada menjenguk blog sya ni...trylah resepi donut ni tau..Tak rugi...Pasti puas hati..Kalau ada tak faham..boleh tanya sya..

2 comments:

  1. Wah! Nampak sedap sangat. Pandainya...

    ReplyDelete
  2. Minta maaf la..dah lama tak buka blog..terima kasih kerana sudi lawat blog sya.memamg sedap...boleh cuba

    ReplyDelete