Thursday 16 February 2012

TEPUNG KEK COKLAT AISYA

Produk terbaru dari aisya ialah tepung kek coklat segera.Terdapat dua pilihan,iaitu kek coklat tanpa telur dan kek coklat lembap.Sangat sedap dan sangat mudah di sediakan!! Tak perlu mixer dan tak perlu anda mengeluarkan tenaga yang banyak. Hanya campur,gaul,bakar / kukus dan akhirnya makan!!!!!Tunggu apa lagi, cubalah!!......

KEK COKLAT TANPA TELUR

BAHAN A

Tepung kek coklat aisya

BAHAN B

1 cawan susu cair / air sejuk
1 tbsp cuka
1tsp esen vanilla
80 ml minyak jagung / minyak masak

GANACHE

1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
1tbsp shortening
2 tbsp susu cair

CARA - CARA

1. Panaskan oven 160C. Griskan loyang dengan merjerin.
2. Dalam mangkuk besar,tuangkan campuran tepung kek coklat aisya
3. Masukan bahan b dan gaul rata hingga sebati dengan menggunakan senduk
4. Tuang dalam loyang yang di gris tadi dan bakar / kukus 30 - 35 minit
5. Biarkan kek sejuk baru hias dengan ganache.

CARA MEMBUAT GANACHE

Campurkan semua bahan kedalam periuk.Panaskan mengguna api kecil hingga semua bahan sebati dan berkilat.Kacau guna senduk.Tutup api.Tak payah mendidih. Bolehlah tuang di atas kek.

* Jika anda mengguna kaedah kukus,pastikan air kukusan mendidih dahulu.Pastikan permukaan loyang ditutup.Jika bakar,seeloknya permukaan loyang ditutup.Ini bagi mengekalkan kelembapan pada kek.

SELAMAT MENCUBA!!!!!.....

No comments:

Post a Comment